Muhamad Syukri Dzun Nurin

Tuesday, June 25, 2013

Perkahwinan Diraja Antara YAM Tengku Amalin A'ishah Putri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi

Asslamualaikum. Pastinya berita yang lama ditunggu-tunggu rakyat negeri Kelantan menggembirakan setiap orang terutamanya Ayahanda dan Bonda Pengantin Perempuan. Istiadat Perkahwinan Di Raja antara Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri Bte Sultan Ismail Petra dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Mohamed Bolkiah.

Latar belakang Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri.

Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Beliau pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama(SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang.

 Ayahanda dan Bonda Tengku Amalin iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Tengku Anis Bte Almarhum Tengku Abdul Hamid.
 Potret Yang Amat Mulia Tengku Amalin sekeluarga bersama Ayahanda, Bonda dan kedua-dua Paduka Kekanda.
Latar Belakang Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi


Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan Putera kedua daripada 10 orang adik beradik kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Pengiran Anak Zariah merupakan kekanda kepada Raja Isteri Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

 Ayahanda dan Bonda Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah.
Istiadat Persandingan dan Majlis Santapan Diraja sempena meraikan kedua-dua Pengantin.

Istiadat Perkahwinan Diraja ini akan berlangsung selama 6 hari mulai dari 24 June 2013 hingga kemuncaknya iaitu Istiadat Persandingan dan Majlis Santapan Diraja yang akan berlangsung pada 29 June 2013 bertempat di Dewan Bankuasi, Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan.

 Barang Kemas yang menjadi hantaran dan akan dipakai oleh Yang Amat Mulia Tengku Amalin ketika Istiadat Persandingan Diraja pada 29 June 2013 di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Pastinya negeri Kelantan akan dilimpahi cahaya dan intan berlian yang bergemerlapan sempena Istiadat Perkahwinan Diraja yang jarang-jarang dapat dilihat ini. Satu-satunya Puteri kepada bekas Sultan Kelantan yang amat disegani dan dihormati. 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri Bt Sultan Ismail Petra (DK) dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP