Muhamad Syukri Dzun Nurin

Sunday, April 22, 2012

Wanita Regalia : Toh Puan Datuk Seri Utama Majimor Shariff


Assalamualaikum. Sekali imbas memang nampak macam wanita regalia kan. Cara bersalam dan pemakaian beliau yang tersendiri memang mudah untuk dikenali. Bagi rakyat negeri Pulau Pinang mustahil tidak kenal pada wanita ini. Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimoor Bt Shariff atau boleh juga kita kenali sebagai Wanita Pertama Pulau Pinang.

Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff dilahirkan pada 2 Disember 1942 di Alor Setar, Kedah. Ibu-bapa Toh Puan bernama Tuan Haji Shariff bin Adamsa dan Puan Hajjah Wan Majmin bt. Hashim.

Pendidikan awal Toh Puan bermula di Sekolah St. Nicholas Convent, Alor Setar, Kedah. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan di Sekolah St. Theresa Sungai Petani. Setelah menamatkan pendidikan di peringkat sekolah, YABhg. Toh Puan berjaya memperolehi Sijil Pendidikan dari Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka. Kemudian Toh Puan berjaya menjalani kursus Bahasa Inggeris di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Toh Puan Datuk Seri Utama telah memulakan kerjayanya sebagai seorang pendidik mulai tahun 1964 sehingga tahun 1989 iaitu selama 25 tahun.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata. Di antara hobi-hobi Toh Puan ialah bermain badminton, bola jaring, membaca buku, memasak dan melancong. Pada 14 Julai 2007. Toh Puan Majimor telah dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama oleh Suami nya.

 Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimor bersama suaminya, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Datuk Seri Utama Abdul Rahman Bin Abbas.
 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Utama Najib Razak memakai Darjah Utama Pangkuan Negeri yang turut dianugerahkan kepada Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimor Shariff.
Kediaman Rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Isteri

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Majimor menetap di Kediaman Rasmi beliau yang dipanggil Seri Mutiara yang terletak di sepanjang Jalan Utama ( sekarang dikenali Jalan Sultan Ahmad Shah). Seri Mutiara juga dikenali sebagai Istana Negeri atau Istana Seri Mutiara bagi rakyat  Negeri Pulau Pinang.


 Satu sudut di Seri Mutiara.
 Pandangan dalam di Seri Mutiara. ( Gambar: Husam Wa'sa Al- Haj)
Didoakan semoga Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimor diberi kesihatan yang baik oleh Allah bersama Tun Datuk Seri Utama Abdul Rahman. Sekian untuk kali ini.


Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimor Bt Shariff
(D.U.P.N)
Isteri kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

2 comments:

Mohamad Syardanie Anuar April 22, 2012 at 8:36 PM  

Encik Syukri... Betui ka Jalan Utama sekarang ni dikenali Jalan Sultan Ahmad Shah...? Setahu aku Jalan Sultan Ahmad Shah terletak berhampiran persisiran pantai & jalan ni menuju ke Padang Kota...

Putra Blog April 22, 2012 at 11:04 PM  

ya.. betul.. jalan utama skrg dikenali sbgai Jalan Sultan Ahmad Shah.. itu yg saya dapat dari portal kerajaan negeri Pulau Pinang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adakah Blog ini sangat menarik

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

Kisah Mawar Merah

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP