Muhamad Syukri Dzun Nurin

Tuesday, March 13, 2012

Yang Amat Mulia Raja Tengku Puteri Anis keturunan ketujuh Puteri Saadong

 Yang Amat Mulia Raja Tengku Putri Anis Bt Raja Sazali
Assalamualaikum. Kenalkah kita dengan seorang wanita yang satu ketika dulu menggemparkan negara dengan mendakwa beliau merupakan waris Puteri Saadong, Raja Perempuan yang pernah memerintah Jajahan di dalam negeri Kelantan satu masa dahulu. Jabatan Warisan Negara mengesahkan dakwaan Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, bahawa beliau adalah waris ketujuh Puteri Saadong, kerabat Raja Jembal, yang memerintah Kelantan suatu waktu dahulu adalah benar.

Pengesahan itu adalah hasil kaji selidik yang dijalankan oleh jabatan tersebut selama beberapa bulan yang mendapati segala bukti yang dikemukakan oleh Raja Tengku Putri Anis adalah benar dan berasas.

Bagaimanapun, jabatan tersebut setakat ini belum membuat pengesahan rasmi berhubung perkara itu. Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara jabatan itu, Siri Neng Buah pada program Bicara Warisan Legenda Puteri Saadong.

Raja Tengku Putri Anis menggemparkan negara apabila muncul mendakwa beliau adalah waris keturunan ketujuh Puteri Saadong, kerabat Raja Jembal yang menjadi legenda Kelantan. Beliau mendakwa kehadirannya ke negeri itu dan pengakuan kepada umum adalah sempena mengakhiri apa yang disebut sebagai sumpahan tujuh keturunan Puteri Saadong.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut menimbulkan banyak persoalan dan spekulasi mengenai kesahihannya sehingga Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) tidak mengiktirafnya.

Menyedari pertikaian tersebut dan bagi mencari kesahihannya, Jabatan Warisan Negara segera menjalankan kaji selidik mengenainya dan mendapati dakwaan itu berasas. Menurut Siri Neng lagi, bukti-bukti yang dikemukakan oleh Raja Tengku Putri Anis amat jelas menunjukkan dakwaannya adalah benar berdasarkan salasilah keluarganya,.

”Setelah mengkaji carta salasilah keluarganya dan bukti yang dipamer berupa pakaian diraja serta perhiasan lain, semuanya adalah benar. ”Walaupun perkara ini belum dimuktamadkan, secara peribadinya saya beranggapan dakwaan Putri Anis adalah benar,
Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa dakwaan gadis tersebut tidak wajar dijadikan isu kerana ia sudah tidak mempunyai sebarang kepentingan lagi. Sebaliknya, dakwaan itu adalah sekadar membuktikan dirinya pewaris kerabat Raja Jembal dan sebagai simbolik berakhirnya sumpahan membabitkan tujuh keturunan Puteri Saadong di bumi Kelantan.


Sejarah Puteri Saadong

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Yang Teramat Mulia Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara Raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi. Akibat merajuk kerana suami baginda Raja Abdullah telah berkahwin lain, Puteri Saadong telah melarikan diri dan bersumpah tidak akan baginda jejak lagi negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.
'Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalakan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi kupijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi kuinjak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.'

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP