Muhamad Syukri Dzun Nurin

Sunday, January 15, 2012

Istana Fauzana, Kangar Perlis

 Istana Fauzana, Kangar.
Assalamualaikum. Gambar diatas merupakan gambar Istana yang menjadi tempat bersemayam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Negeri Perlis iaitu Istana Fauzana. Istana Fauzana terletak di Jalan Raja Muda, Bukit Besi Hangit, Kangar Perlis. Istana ini diambil namanya bersempena dengan nama Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Bt Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Dimaklumkan bahawa Istana ini baru selesai diubahsuai di bahagian Garaj kereta dimana kerja pengubahsuaian menambah parkir kereta sebanyak 8 buah tempat lagi bagi menempatkan semua koleksi kereta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan Perlis.

Lokasi Istana ini sangat strategik iaitu Istana ini terletak di belakang bukit dan udara diwaktu pagi sangat nyaman dan sejuk. Istana ini juga dikenali sebagai Istana Peribadi DYMM Syed Sirajuddin bersemayam. Ini kerana Tuanku Raja Perlis bersemayam disini semenjak baginda menjawat jawatan Raja Muda Perlis. Ingin ditegaskan, Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan tidak bersemayam di Istana Arau, sebaliknya Istana Arau menjadi tempat bersemayam Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Istana Kenangan Indah, Repoh.
Manakala Istana Kenangan Indah yang terletak di Repoh menjadi tempat bersemayam Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Besar Perlis, Tuanku Hajah Budriah Bt Almarhum Tengku Ismail. Istana ini terletak di tepi jalan besar, jika anda menggunakan jalan Repoh untuk ke Padang Besar, anda pasti akan terlihat Istana ini. Istana ini pada asalnya menjadi tempat bersemayam Tuanku Syed Putra sewaktu menjadi Raja Perlis. Apabila baginda mangkat, ianya masih dijadikan Istana bersemayam Permaisuri baginda iaitu bonda Raja Perlis sekarang. Selepas kemangkatan Raja Perempuan Besar Perlis Tuanku Budriah, Istana ini dijadikan Istana Hinggap bagi negeri Perlis.

 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis dan Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Besar Perlis( Their Royal Highness-es The Raja Perempuan(Queen) Of Perlis an The Raja Perempuan Besar( Queen Mother) Of Perlis.

Antara Koleksi Kereta Tuanku Raja Perlis


Maybach Zeppelin(Flagship). Kalau Di Malaysia harga Kereta ini bernilai RM 8 juta sebiji.


Kelihatan Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Fauziah berangkat turun dari Kereta Mewah Maybach milik baginda sewaktu Majlis Ulang Tahun Perkahwinan Ke 44 DYMM Tuanku Raja Perlis.


Bentley Continental berwarna Silver ini selalu digunakan oleh Tuanku Raja Perempuan Perlis. Harganya mencecah hampir RM 1.8 Juta. Teringat pula Bentley Continental milik Selebriti terkenal dunia, Paris Hilton. Tapi Paris Hilton punya berwarna merah jambu.

 Bentely Continental GT milik Paris Hilton.


Jika Bentley Continental berwarna silver tadi digunakan oleh Tuanku Raja Perempuan, Bentley ini pula digunakan Tuanku Raja Perlis. Yang membezakan nya cuma Kenderaan Tuanku Raja Perempuan tidak ditulis
'DYMM Raja Perlis' sebaliknya hanya tertera lambang Jata negeri Perlis.


Kereta Mercedez jenis  S600 Pulman Guard ini tidak kurang hebatnya. Jika diperhatikan kereta ini lebih hebat dari Roll Royce Phantom dan harganya dalam US Dollar ialah 1.4 Juta.


Dan ini pula Mercedez kegunaan Tuanku Raja Perlis untuk bersiar- siar. Harga Mercedez ini mungkin sekitar RM 200 Ribu Ringgit.


Tidak ketinggalan Proton Waja milik Tuanku Raja Perlis. Proton Waja ini adalah hadiah dari CEO Proton untuk Tuanku sewaktu baginda menjadi Yang Dipertuan Agong. Kereta ini digunakan Tuanku untuk berangkat ke tempat berdekatan dalam negeri Perlis. Ini membuktikan Tuanku Raja Perlis seorang yang menghargai kereta buatan tempatan.

1 comments:

fiezmarn January 18, 2012 at 12:45 AM  

bukan bentley continental lah..bentley flying spur adalah yg baginda gunakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP