Fakta menarik Perkahwinan Di Raja Putera William dan Kate Middleton
Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai majlis perkahwinan diraja Britian melibatkan Putera William dan Kate Middleton.
- Lebih 8500 wartawan berada di London bagi memberi liputan khas majlis berkenaan.
- 2 Billion orang di 180 buah negara seluruh dunia menonton siaran langsung.
- 237 update berkenaan majlis ini di Twitter sesaat.
- 1900 tetamu di Gereja Westminster Abbey dimana sebahagian besarnya terdiri daripada 50 ahli kerabat diraja britian, 50 ahli kabinet britian, 40 ahli kerabat diraja seluruh dunia, 200 ahli politik dan diplomat asing dan 80 tetamu dari badan amal jemputan Putera William.
- 5 ribu anggota keselamatan bertugas sepanjang majlis berlangsung.
- 16 orang ditahan akibat menggangu ketenteraman majlis.
- 150 000 naskah khas berkenaan majlis dicetak dan habis dijual pada harga 2 pound.
- Sepanjang majlis berlangsung jam loceng berusia lebih 100 tahun di Gereja Westminster Abbey dibunyikan selama 3 jam tanpa henti.
- Pasukan koir muzik didalam gereja terdiri dari koir diraja, London Chamber Orchestra dan Pasukan kior tentera.
- Panjang kain gaun Kate Middleton ialah 8 kaki 8 inci dan hamparan karpet merah di Gereja sepanjang 300 kaki.
- Kate beredar dari Hotel penginapan dengan sebuah kereta Rolls Royce Phantom VI dan Putera William menaiki Bentley yang direka khas.
- Ratu Elizabeth mengurniakan gelaran Duke dan Duchess of Cambridge kepada pasangan pengantin.
- Gelaran untuk anak yang bakal dilahirkan ialah Earl of Starhearn dan Baron Carrickfergus.
- Gaun Kate direka khas oleh Sara Burton dari Alexander McQueen.
- Kate memakai Tiara Tradisi Nenek Moyang diraja Britian.
- Lebih sejuta orang memenuhi jalan raya sekitar laluan pasangan diraja.
- 327 juta keping gambar ditangkap semasa majlis berlangsung menurut Nikon.
- 7 Skrin Besar diletak didalam gereja.
- David Beckham dan Isteri antara jemputan yang mendapat perhatian.. malangnya pasangan itu berada di London hanya beberapa jam kerana Beckham pulang semua ke Amerika untuk perlawanan liga tempatan esok.
- Sir Elton John hadir bersama teman gaynya di Majlis berkenaan.
- Pihak Kerajaan Brtian menanggung kos keselamatan semasa majlis berlangsung dan dianggarkan RM 90 juta.
- Selain Putera Albert dari Monaco, turut hadir adalah Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Brunei, Putera Mahkota Denmark, Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan dan raja Permaisuri Agong, dan Raja-raja dari benua Afrika.
- Perdana Menteri Australia antara ketua kerjaan yang hadir.
- Cincin perkahwinan adalah cincin pusaka keluarga diraja britian yang dimiliki sejak dinasti ratu victoria.
Read more...






























Destar daripada jenis kain songket berwarna kuning ini adalah pakian hulu rasmi D.Y.M.M. Sultan selangor. Ia dipakai oleh Sultan Selangor dalam majlis adat istiadat Diraja Negeri Selangor seperti istiadat Pertabalan, Hari Keputeraan dan lain-lain. Reka bentuk destar ini diambil daripada Tengkolok Balung Ayam dari Negeri Perak, setelah terjalin perkahwinan diraja di antara Negeri Selangor dan Negeri Perak.
Destar jenis ini merupakan ikatan hulu yang dipakai oleh Sultan Kelantan dan pembesar di Negeri kelantan, perbezaanya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bentuk bunga pucuk dibahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Ikat kepala ini dapat dikenali dengan mudah kerana ikatannya menutup seluruh bahagian kepala pamakai, tidak seperti jenis-jenis destar lain yang terdapat Semenajung Malaysia.
Di Negeri Sembilan istilah destar disebut DETA sahaja. Destar daripada songket berwarna kuning ini adalah pakain hulu rasmi D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sewaktu memakainya, kedudukan pucuknya yang dipanggil tunas kasih harus diletakkan tepat dia atas mata kiri dan daun lambaian kasihnya pula dihalakan ke arah kanan. Cara ini menunjukan pemakainya adalah raja yang memerintah negerinya.
Di Negeri Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis detsar yang pernah dipakai oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Tanjak Lang Menyongsong Angin yang diperbuat daripada kain songket yang berwarna natarnya biru kundang bersulam benang kencana ini adalah pakain hulu rasmi yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan Pahang pada masa sekarang. dari segi nama, ia sama dengan Tengkolok Lang menyongsong Agin dari Perak, tetapi destar Pahang berbeza dari segi reka bentuknya yang melonjong ke atas.
Destar berwarna putih bersulam benang perak yang diberi nama Ayam Patah Kepak ini adalah pakaian hulu rasmi khusus untuk D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan masa kini. Dalam etika berpakaian adat istiadat Melayu, warna menggambarkan kedudukan atau status sosial seseorang. Putih adalah warna khusus untuk Raja Perak manakala kuning adalah untuk D.Y.A.M. Raja Muda dan warna hitam untuyk D.Y A.M. Raja Hilir Perak
Destar Belalai Gajah adalah pakaian rasmi bagi D.Y.M.M. Sultan Terengganu. Destar ini diperbuat daripada kain songket bunga penuh berwarna kuning.Daun pada bahagian atas depan destar ini dibentuk secara menggulung ke atas, seakan-akan seekor gajah sedang melambung belalainya. Bahagian bawahnya pula terdapat tiga takuk lipatan dan pucuk destar yang disebut sula diletakkan pada sebelah kanan, melambangkan pemakainya adalah seorang raja.
