Muhamad Syukri Dzun Nurin

Wednesday, March 23, 2011

Tengku Puteri Mahkota Perlis selesa hidup dalam low profile


Tahukah kita siapa gerangan gambar diatas.Beliau merupakan satu-satunya Puteri kepada Ke Bawah DYMM Tuanku Raja Perlis dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis.
Gelaran rasminya ialah Yang Amat Mulia(YAM) Tengku Puteri Mahkota Perlis,Datuk Seri Sharifah Fadzira.

YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis telah diputerikan di Hospital Kangar pada 5 Jun 1973.Beliau merupakan anakanda kedua kepada Raja Perlis selepas kekanda beliau iaitu Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulaill.Menjalani kehidupan sebagai kerabat diraja tidak membuatkan Tengku Puteri melupakan kehidupan rakyat biasa yang lebih bersederhana.Dididik dengan begitu baik untuk menjadi insan yang lebih fleksibel dalam semua perkara,Tengku Puteri tidak teragak-agak untuk hidup dengan kehidupan yang lebih biasa,sederhana tapi masih lagi berprotokol sebagai Puteri Raja.

Jika dilihat,Tengku Puteri jarang diberi liputan media seperti puteri-puteri raja yang lain.inilah keistimewaan kerabat di raja perlis kerana tidak begitu mementingkan publisiti atau 'high profile'.Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis telah mendirikan rumah tangga dengan Haji Mohd Yaacob(Kini bergelar Dato' Paduka) dan dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Puteri Norlin Syazwani.

Menjadi cucunda kesayangan kepada Almarhum Tuanku Budriah(semasa hayatnya bergelar Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Besar Perlis),Tengku Puteri telah diasuh supaya menjadi berdikari pada usia,tidak dimanjakan supaya mampu membuat keputusan tepat dan cepat pada masa.

 Yang Maha Mulia Almarhum Raja Perempuan Besar Perlis Tengku Budriah merupakan nenda kepada Tengku Sharifah Fadzira
 YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis membantu Bonda beliau Tuanku Fauziah memotong kek sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-59.Sumber-Album Pertabalan
Akhir kata,YAM Tengku Puteri Mahkota Sharifah Fadzira boleh dijadikan contoh wanita wanita islam diluar sana.Hiduplah dengan bersederhana sesungguhnya Sabda Nabi Muhammad S.A.W' Bersederhana itu adalah lebih baik dari sekalian perbuatan'.Sebenarnya banyak lagi kerabat DiRaja Melayu yang biasa dengan kehidupan yang low profile atau rendah diri termasuklah Tunku Puan Pahang,Almarhum Tengku Ampuan Besar Terengganu Tuanku Bariah dan tidak terkecuali Almarhum Raja Perempuan Besar Perlis Tuanku Budriah.Semoga kita mendapat kehidupan yang lebih baik hendaknya.Alfatihah kepada Almarhummah Tuanku Bariah dan Tuanku Budriah.Moga Tuanku sentiasa tenang disana. Amin

Read more...

Monday, March 21, 2011

BELASUNGKAWA - ALMARHUMAH TENGKU AMPUAN BARIAH

Hari ini, seluruh rakyat Terengganu dari pelbagai bangsa merafakkan setinggi-tinggi takziah dan melahirkan rasa dukacita di atas kemangkatan Yang Maha Mulia, Tengku Ampuan Bariah ibni AlMarhum Sultan Hisahmuddin Shah Al Haj, bekas Tengku Ampuan Besar Terengganu.
Susasana sedih terbayang pada setiap wajah rakyat di negeri ini, kerana kehilangan seorang bekas Tengku Ampuan Besar Terengganu yang sangat-sangat dikasihi oleh sekalian hamba rakyat sewaktu berada di takhta,bahkan disayangi sehingga ke akhir hayatnya.

Kaum Kerabat DiRaja Terengganu megaminkan doa yang dibaca oleh Yang DiPertuan Agong.

Ini kerana Almarhumah amat dekat di hati rakyat Terengganu terutama sewaktu menjadi Tengku Ampuan Besar Terengganu tatkala suami Almarhumah, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah menjadi Ketua Negeri (Sultan) bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta Jajahan Takluknya.

Almarhum Sultan Mahmud bersama Almarhumah menduduki takhta berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahu 1979 di mana Baginda berdua ditabalkan pada 21 Mac 1980.

Bahkan sebelum itu Almarhum Sultan Mahmud dan Almarhumah Tengku Ampuan Bariah pernah dilantik sebagai Pemangku Sultan dan Sultanah Terengganu sewaktu Almarhum Sultan Ismail dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong pada 21 September 1965 hinggalah 20 September 1970.

  Jenazah Almarhumah Tengku Ampuan Bariah tiba di LTSM pagi tadi.
Bermakna dalam tempoh berkenaan Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah amat dekat di hati rakyat, lebih-lebih lagi dengan sifatnya yang sederhana, ‘low profile”, lemah lembut dan berjiwa rakyat.

Almarhum Sultan Mahmud mangkat pada 14 Mei 1998 digantikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin yang kini merupakan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia.

Almarhumah Tengku Ampuan Bariah sewaktu menjadi Tengku Ampuan Besar Terengganu banyak kali mencemar duli berangkat menghadiri upacara-upacara bersama rakyat jelata. Misalnya hadir ke majlis-majlis berkaitan golongan wanita seperti Pergerakan Pandu Puteri, Pergerakan Wanita Islam, Puspanita dan Puteri Islam.

Almarhumah juga amat dekat di hati rakyat Selangor kerana beliau adalah bonda saudara kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Alhaj.

Tengku Ampuan Bariah sepanjang hayatnya telah menyumbang masa, tenaga dan sokongan peribadi untuk berbakti kepada masyarakat dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Malah semasa hayatnya menjadi harapan menggunung Baginda untuk menaungi penubuhan pertubuhan kebajikan dan keagamaan.Selepas kemangkatan Sultan Mahmood,Tengku Bariah bersemayam di Istana Terengganu Bukit Jambol.

Gambar kenangan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tuanku Bariah


 Baginda merupakan bonda saudara kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah
 Tengku Ampuan Bariah,Permaisuri berjiwa rakyat menjalani kehidupan dengan sederhana


Kenderaan Rasmi Peribadi YMM Tuanku Ampuan Bariah

Read more...

Tengku Ampuan Bariah Mangkat

Assalamualaikum.Dengan penuh rasa dukacita saya memaklumkan bahawa Tengku Ampuan Besar Terengganu, Tengku Ampuan Bariah mangkat pukul 1 pagi semalam di Hospital Seri Kota,Klang.Baginda merupakan Tengku Ampuan(Permaisuri)Terengganu diantara tahun 1979 hingga 1998.Jenazah baginda akan disemayamkan di Astaka Khas DiRaja,Istana Maziah untuk memberi laluan kepada Raja-Raja serta Raja-Raja Perempuan Melayu memberikan penghormatan terkahir sebelum dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Terengganu di Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu.

Almarhumah Tengku Ampuan Bariah merupakan Bonda Tiri kepada SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. dan Bonda Tuanku Mizan adalah isteri kedua Almarhum Sultan Mahmud iaitu YTM Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff. Almarhumah tidak dikurniakan sebarang cahayamata.Jika dilihat,hubungan kekerabatan Tengku Ampuan Bariah meliputi seluruh kerabat melayu kerana Almarhumah baginda merupakan Bonda saudara DYMM Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah,Adik-beradik seibu sebapa dengan DYTM Raja Puan Muda Kedah Tunku Sharifah Raudhah.

Menurut apa yang dilaporkan,Almarhummah menghadiri Majlis di sebuah hotel dan terjatuh di tempat kejadian serta mengadu sesak nafas.Kemangkatan baginda sesungguhnya merupakan kehilangan besar kepada rakyat Terengganu kerana kapasitinya sebagai Tengku Ampuan Besar satu ketika dulu.Saya secara peribadi amat menghormati almarhum kerana mempunyai sifat-sifat yang cukup terpuji dan baginda sentiasa low profile walaupun merupakan kerabat diraja dan berkahwin dengan Sultan Terengganu.Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh baginda sentiasa dicucuri rahmat,mendapat pertolongan dan syafaat.Amin

 Al-fatihah Patik Tuanku.


Merafak Setinggi-Tinggi Takziah dan Perasaan Duka Cita atas Kemangkatan
Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Terengganu
Semoga Roh Baginda dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang mendapat Makfirah.

********

Read more...

Thursday, March 17, 2011

Raja Perempuan Muzwin Perak


Tahukah kita siapa gerangan gambar diatas.Baginda ialah Mantan Raja Perempuan Perak yang juga Permaisuri Kedua Almarhum Sultan Idris Shah, Sultan Perak ke-34. Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Bt Almarhum Raja Dato Seri Arif Shah diputerikan pada 1 Mac 1929. Baginda merupakan kerabat diraja perak dari sebelah ayahandanya iaitu Raja Arif Shah Ibni Al Marhum Raja Harun Ar-Rashid.

 Raja Perempuan Muzwin bersama Sultan Idris Shah sewaktu bergelar Raja Dihilir dan Raja Puan Muda Perak.
Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak pada 26.10.1963 selepas pertabalan Paduka Suami baginda di Balai Rongseri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Selepas baginda dimasyhurkan sebagai Raja Perempuan Perak, baginda dipersilakan untuk naik ke singgahsana dan dijemput oleh Sultan Idris Shah sendiri.

 Sultan Idris Shah mempersilakan Raja Perempuan Muzwin untuk naik ke atas singgahsana setelah baginda ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak.
 Potret baginda sebagai Raja Perempuan Perak.
Perkahwinan baginda dikurniakan 2 orang putera dan 3 orang puteri iaitu Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofea (Isteri Sultan Johor), Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak, Raja Dato Seri Nadzatul Shima, Raja Iskandar Zulkarnain (Raja Kechil Besar Perak,Ku Nine) dan Raja Jamil Arifiin. Manakala seorang lagi puteri baginda ialah Raja Radziatul Zahar yang mangkat ketika kecil.

 Potret baginda sekeluarga, dari kiri : Raja Datuk Seri Iskandar Zulkarnain( Raja Kechil Besar Perak), Raja Datuk Seri Nazhatul Shima( Raja Puan Mahkota Perak), DYMM Paduka Seri Sultan Idris Shah II, DYMM Raja Perempuan Muzwin, DYMM Tuanku Raja Zarith Sofiah( Isteri Sultan Johor) dan Raja Datuk Seri Jamil Ariffin.
 Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak, Raja Nazhatul Shima.

 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah.
 Yang Amat Mulia Raja Kechil Besar Perak, Raja Datuk Seri Iskandar Zulkarnain
 Yang Amat Mulia Raja Datuk Seri Jamil Ariffin
Raja Perempuan Muzwin dikenal sebagai seorang yang berfikiran terbuka dan sentiasa rendah diri di dalam kehidupan.baginda juga mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana pandai berbahasa kantonis dan hokien. Sesetengah pihak menafikan bahawa Almarhum Sultan Idris Shah berkahwin lebih dari empat. Ingin dinyatakan bahawa baginda memang berkahwin lebih dari empat isteri, tetapi tidak sekaligus kerana ada daripada isteri baginda mangkat dan diceraikan. Saya juga ingin berkongsi nama isteri dan kesemua putera-puteri baginda.
  •  Isteri Pertama-YM Raja Nor Izzah (Tidak dikurniakan cahaya mata)
  • Isteri Kedua-YMM Raja Perempuan Muzwin (5 Orang cahaya mata,Raja Zarith Sofea(Ku Aleh),Raja Nadzatul Shima (Tengku Dottie), Raja Iskandar Zulkarnain (Ku Nine), Raja Jamil Ariffin(Ku Chik), Raja Radziatul Zahar (mangkat ketika kecil)
  • Isteri ketiga-YTM Che Asmah (Seorang Cahaya Mata, Raja Izzuddin Iskandar Shah
  • Isteri Keempat-YTM Che Aminah (Che Puan Negara) Tidak dikurniakan Cahaya Mata
  • Isteri Kelima-YTM Che Hamizah (3 Orang cahaya mata) Raja Shahruzzaman(Ku Shah), Raja Halimaton Shareen(Ku Mah), Raja Alang Iskandar(Ku Alang)
  • Isteri Ke Enam-YTM Dato Seri Sharifah Salmah (3 Orang cahaya mata, Raja Shaharudin Rashid(Ku Rashid), Raja Ahmaddin Razman (Ku Razman), Raja Juliana Rafeah.
  • Isteri Ketujuh-YTM Che Satira (Tidak dikurniakan cahaya mata)
  • Isteri kelapan-YTM Dato Seri Che Puan Norizan (2 Oarang cahaya mata, Raja Saidathul Mardiah (Ku Diah), Raja Shuib (Ku Ess)
Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin telah mangkat pada 6 Oktober 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) kerana gering tua. Al- Fatihah.

Read more...

Raja Permaisuri Agong Wanita Pertama,Bukan Isteri Perdana Menteri

Maksud wanita pertama atau dalam bahasa inggeris First Lady adalah “The wife or hostess of the chief executive of a country, state, or city” dimana kalau dialih bahasa ke bahasa melayu bermaksud isteri kepada Ketua sesebuah negara seperti President, Raja ataupun Perdana Menteri. Ini bermaksud, mana – mana isteri kepada ketua sesebuah negara, dia akan automatik menjadi wanita pertama negara tersebut. Sebagai contoh wanita pertama negara Amerika Syarikat adalah Michelle Obama yang merupakan isteri kepada Presiden Barrack Obama.

Tetapi timbul kontroversi di Malaysia mengenai siapa yang layak memegang title First Lady of Malaysia. Adakah Isteri Perdana Menteri iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ataupun Isteri kepada Yang Di-Pertuan Agong iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah. Kenapa ia menjadi kontroversi? Sejak title First Lady diwar – warkan kepada rakyat Malaysia, ramai yang kurang senang dengan apa yang didengar oleh telinga mereka kerana wanita yang memengang title tersebut bukanlah dari wanita yang layak.

Kalau mengikut definisi First Lady diatas, title tersebut sepatutnya dipegang oleh isteri kepada Ketua Negara. Jika di Amerika Syarikat, Presiden adalah ketua negara, tetapi di Malaysia, Yang-dipertuan Agong merupakan Ketua Negara selaras apa yang ditulis dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong bukannya Perdana Menteri.
Jika ketua negara Malaysia adalah Yang Di-Pertuan Agong, ini bermakna, isteri kepada Yang Di-Pertuan Agong tersebut merupakan First lady negara Malaysia. Sebagai contoh, Kanada adalah sebuah negara yang hampir sama sistemnya dengan Malaysia dimana Ratu Britain merupakan ketua negara tersebut dan mempunyai Perdana Menteri. Dan disana juga, gelaran wanita pertama negara tersebut adalah kepunyaan Ratu, bukannya Isteri kepada Perdana Menteri Kanada.
The title First Lady is controversial and is challenged that it should not exist in Malaysia on the premise that Malaysia is not a Republic. The same applies in Canada where the wife of the Prime Minister is simply the wife of the Prime Minister and not the First Lady of Canada. That singular privilege belongs to HM The Queen. Hence, the legality of such a status is challenged.
Jadi, gelaran First Lady yang dipegang oleh Datin Seri Paduka Rosmah Mansor boleh dipertikaikan kerana suaminya bukan seorang ketua negara. Hanya isteri kepada ketua negara saja yang layak memegang title First Lady iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah manakala Datin Paduka Seri Rosmah Mansor? hanyalah berstatus isteri kepada perdana menteri semata – mata.



                         
                                                                                                                    
 Here are come.The First Lady Of Malaysia
Her Royal Majesty The Queen Of Malaysia Tuanku Nur Zahirah
 
 SPB.Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah

Read more...

Tuesday, March 15, 2011

Pencen DiRaja Bekas-Bekas Permaisuri Agong

Assalamualaikum.Tahukah kita bahawa setiap Yang Dipertuan Agong serta Bekas-Bekas Raja Permaisuri Agong menerima pencen dan elaun khas diraja.Jika kita perhatikan setiap dari mereka mempunyai kedudukan dalam persekutuan selepas menjawat jawatan itu.Gelaran Raja Permaisuri Agong merupakan satu jawatan rasmi dimana setiap penyandangnya mempunyai kapasiti di dalam keutamaan persekutuan.

Tidak seperti Isteri Perdana Menteri,ianya hanya merupakan gelaran tidak rasmi,tidak ada protokol,tiada setiuasaha sulit,pengiring-pengiring rapatnya.Cuma dia hanya mendapat perlindungan peribadi atas kapasiti Suaminya sebagai Perdana Menteri Malaysia.Kita jangan mudah tersilap dengan menggelarkan Isteri Perdana Menteri sebagai Wanita Pertama Malaysia.Sudah nyata bahawa tiada siapa mahupun sekalian orang termasuk Raja-raja Melayu yang mampu menandingi kedudukan dan keutamaan Raja Permaisuri Agong.Berikut merupakan susunan keutamaan Persekutuaan yang pada 22 Januari 1998 melalui Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998. Susunan Keutamaan ini seperti berikut

  1. Yang di-Pertuan Agong.
  2. Raja Permaisuri Agong.
  3. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.
  4. Yang Dipertua Negeri-Negeri.
  5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan.
  6. Perdana Menteri.
  7. Timbalan Perdana Menteri.
    Kehormat - 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota/Raja Muda)
  8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara, (S.M.N.)
  10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.) 

Dalam senarai ini menujukkan bahawa Yang DiPertuan Agong merupakan Kepala/ketua utama bagi Persekutuan Malaysia.Jika YDPA disebut sebagai ketua utama Malaysia,kenapa pula gelaran wanita pertama harus dipakai Isteri Perdana Menteri.?Ini menunjukkan tafsiran yang tidak tepat dibuat oleh kerajaan dan sedikit mengelirukan.

Isteri Perdana Menteri tidak mempunyai apa-apa kapasiti didalam persekutuaan.tiada sebarang peruntukkan khas samaada dari segi kewangan,atau jabatan rasmi yang membolehkan ianya bergerak sebagai wanita pertama.oleh itu amatlah tidak tepat dan tidak ada sebab untuk kita menggelar Isteri PM sebagai Wanita Pertama.
 Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain,"  
Saudara pembaca sekalian juga harus mengetahui walaupun Yang DiPertuan Agong hanya bertindak atas nasihat Perdana Menteri,Tetapi baginda masih punya kuasa Preriogetif yakni dari segi ketenteraan,1/3 unsur Parlimen dan berhak untuk mengenakan kuasa budi bicara baginda sendiri.Kedudukan Yang DiPertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan dan sesungguhnya Perlembagaan itu sendiri mengatasi Yang DiPertuan Agong.Tetapi ingatlah Raja Itu lambang dan payung kita umat melayu walau kedudukannya hanyalah sebagai Yang DiRaikan(Ceremonial).Berbanggalah kita masih punya Raja untuk dhormati dan disanjung.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia



Tuanku Nur Zahirah


Kedudukan Bekas-bekas Permaisuri Agong lebih tinggi dari PM/Isteri PM

Perlu diketahui juga,jika dikira dari keutamaan persekutuan,kedudukan Bekas-Bekas Permaisuri Agong lebih tinggi dan diutamakan melebihi kedudukan Perdana Menteri Malaysia apatah lagi Isteri Perdana Menteri yang tidak pernah disebut mahupun diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong juga harus diberi keutamaan selepas Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,selaras kedudukan dan posisi yang pernah dijawat mereka satu ketika dulu.Baginda juga mendapat Pencen DiRaja seumur hidup di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.


Read more...

Wednesday, March 9, 2011

Bunga Yang Cantik Jarang Harum


 Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?
Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu?

Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

Read more...

Pilihan Dalam Hidup

Aku selalu terbayang akan hari esok,
ketika ku dapati diriku penuh dengan lumuran dosa,
berjuta kenikmatan kuraih di dunia,
tanpa kusedari itu semua hanyalah permainan,
dari tipuan syaitan yang selalu memperdaya.

Tak pernah berhenti dari kesibukkan memburu harta,
yang melahirkan kelalaian untuk mengingat Sang Pencipta,
luput dari rasa syukur atas nikmat yang telah diberi,
tak terbesit akan adanya Azab Ilahi yang sangat perih,
mengisi perkara yang tak bermakna dalam ruang waktu,
kerana Iman telah terjajah oleh nafsu.

Tersedar dari lamunan,
raga bergetar petanda ketakutan yang mendalam,
jiwa yang layu mencurahkan air mata,
hingga lisan tak mampu berkata-kata..

Malu... Aku malu pada-Mu ya Allah !!!
jika masa depanku akan menjadi raja dalam dosa,
sedang Engkau telah menjanjikan keindahan surga di antara panasnya api neraka..

Bukankah aku ada hanya untuk beribadah kepada-Mu?
bukankah semua yang tercipta di sekitarku hanya untuk membenarkan keberadaan-Mu?
dan bukankah Indera yang melekat ditubuhku hanya untuk membenarkan keagungan-Mu?
kenapa aku harus angkuh dengan semua yang bukan milikku?

Ya Rabb....
jika masih ada waktu hari ini, esok, dan nanti,
maka berikanlah aku kesempatan untuk berhijrah,
Hijrah ke jalan-Mu yang lurus,
yang penuh dengan taubat dalam setiap langkah,
dan dari setiap peluh yang selalu mengharapkan ampunan-Mu.

Jika air mata ini harus tercurah,
itu hanya kerana takut kepada-Mu,
jika senyum ini telah terkembang,
itu hanya bentuk terkecil dari rasa syukur atas nikmat-Mu,
dan jika darah harus menitis,
Sungguh itu hanya untuk berjihad membela agama-Mu,

Izinkanlah aku memberikan pilihan dalam hidupku,
plihan yang tersurat dalam syair Sayid Qutb,
seorang pejuang Islam dari tanah Piramid,
"Isy kariman au mut syahidan",
Hidup Mulia atau Mati Syahid,

Takkan ada lagi pilihan selain itu,
kerana bagiku...
itu lebih baik daripada dunia dan seisinya,
agar terjaga dari masa depan yang menipu mimpi dan angan.





Doakan aku moga menjadi lelaki sejati yang soleh......Amin Ya Rabbal Alamin...Syukran jazakallah huma khair ya akhi,ya sahabi...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP