Tunku Puteri Intan Safinaz antara yang dilantik sebagai Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Kedah
Assalamualaikum. Berikutan perlantikkan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang Dipertuan Agong berkuatkuasa hari ini( 13 Disember 2011), Puteri bongsu baginda iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Putri Intan Safinaz dilantik sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan. Perlantikkan ini adalah seperti yang termaktub dalam undang- undang Majlis Mengangkat Raja kerana Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah sudah uzur dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja.
3 yang lain yang dilantik ialah Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang Dipertua Majlis Jemaah, Tunku Temenggong Kedah, Tunku Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Laksmana Kedah, Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Istiadar Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan itu berlangsung dengan penuh istiadat di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah Kedah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit.
Istiadat dimulakan dengan keberangkatan Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah Kedah ke Balai Penghadapan dengan diiringi pegawai-pegawai yang membawa Cogan Agama, Cogan Alam, Cokmar Pedang dan Lembing. Turut sama Juru iring tentera dan polis dengan didahului oleh Ketua Istiadat Dato’ Bijaya Indera Dato’ Syed Unan Mashri Syed Abdullah.
Payung-payung istiadat dkembangkan dan nobat dipalu mengiringi KDYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah bersemayam di atas singgahsana.
Setelah pembawa alat kebesaran mengambil tempat sekali lagi Ketua Istiadat Dato’ Bijaya Indera menghadap KDYMM Tuanku Sultan memohon limpah perkenan memulakan istiadat dengan perarakan masuk Al-Quran, Titah KDYMM Tuanku Sultan, Warkah Pemasyhuran Perisytiharan Jemaah Pemangku Sultan ke Balai Penghadapan.
Kemudian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan berkenan bertitah permasyhuran perisytiharan Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah dan menandatanagi surat sumpah disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Dato’ Azman Hussain dan Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Yang Ariff Dato’ Yahaya Jusuh yang turut menandatangani surat sumpah itu.
Seterusnya Baginda berkenan semua Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman mengambil tempat di Astaka Singgahsana. Selepas itu tembakan meriam sembilan das dilepaskan.
Istiadat disudahi dengan bacaan doa oleh Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Badaruddin Haji Ahmad.





1 comments:
negara berdaulat
http://drieannastop.blogspot.com/
Post a Comment