Muhamad Syukri Dzun Nurin

Friday, November 25, 2011

Sejarah Balai Besar (Berahman Indera) dan Istana Kuning, Kedah

Balai Besar, Kedah.

Assalamualaikum. Gambar diatas ialah merupakan gambar Balai Besar, Kedah. Balai Besar ini terletak di belakang Kompleks Istana Kota Setar dan menjadi tempat berlangsung Adat Istiadat Perkahwinan, Pertabalan dan menjadi simbol kegemilangan Empayar Islam Benua Siam Kedah.


Sejarah Pembinaan Balai Besar atau Berahman Indera

Balai Besar atau Berahman Indera dibina dalam tahun 1668 masihi oleh tentera-tentera Maharaja Cina Manchu. Mereka ini didatangkan khas atas perintah Maharaja Cina Dinasti Manchu dan ditempatkan di Pekan Cina berhampiran dengan jeti lama di Alor Setar. Pekerja-pekerja Melayu pula ditempatkan di Pekan Melayu.

 Pandangan sisi Balai Besar iaitu laluan masuk ke Muzium Diraja Kedah.

Titah perentah untuk membina Berahman Indera ini diberikan oleh Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah Melaka, Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah ketika itu. Bukan itu saja, baginda turut menitahkan pembinaan Balai Nobat dan Istana Kuning.

 Istana Kuning, Alor Star Kedah.
Sejarah Pembinaan Istana Kuning.

Istana Kuning dahulunya dikenali sebagai Istana Kota Setar. Kemudiannya pada tahun 1904 Istana ini dikenali sebagai Istana Pelamin. Di Istana ini lah menjadi saksi berlangsungnya upacara perkahwinan secara gilang gemilang selama 90 hari 90 malam diantara putera puteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Istana ini diisytiharkan sebagai Muzium Diraja Negeri Kedah pada 25 Julai 1983 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Pada hari ini Istana ini dijadikan Pejabat bagi Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK).

 Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Sememangnya masih banyak lagi yang belum diketahui tentang sejarah Kesultanan Kedah dan kegemilangan Empayar Islam Benua Siam Kedah yang pada dahulunya Empayar ini mempunyai 15 buah Istana di seluruh Negara Kedah seperti Istana Raja Iskandar Zulkarnain di Pulau Tiga, Sungai Merbok dimana Istana ini dibakar dan abu nya di buang ke dalam sungai dan Istana Kota Meng Kuang yang terletak di  Mukim Wang Tepus, Kubang Pasu, Kedah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Syuhadah yang memperjuangkan Islam ketika zaman kegemilangan Empayar Islam Benua Siam Kedah. Al -Fatihah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adakah Blog ini sangat menarik

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

Kisah Mawar Merah

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP