Muhamad Syukri Dzun Nurin

Thursday, November 17, 2011

Kisah Mawar Merah Khas-40 Tahun Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah

Assalamualaikum. Tanggal 18 November 2011 iaitu pada hari ini merupakan hari yang mungkin bermakna buat seseorang yang istimewa di dalam hati kita. Kisah Mawar Merah Khas pada kali ini dibuat bagi mengenang jasa bekas Raja Permaisuri Agong Malaysia, Permaisuri Siti Aishah Bt Abdul Rahman.

Permaisuri Siti Aishah dilahirkan pada 18 November 1971 di Kuala Lumpur. Baginda merupakan Isteri kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al- Haj (Sultan Selangor ke-8). Baginda mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 1990 di Istana Alam Shah. Selepas melansungkan perkahwinan bersama Almarhum Sultan Salahuddin, baginda telah dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor, Siti Aishah Bt Abdul Rahman.

 Yang Teramat Mulia Cik Puan Siti Aishah Bt Abdul Rahman
Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, 24 Oktober 1998.

Umum mengetahui selepas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Selangor, Tengku Hajah Rahimah, Negeri Selangor tiada beraja perempuan. Oleh itu atas titah dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah dirunding dengan Dewan Diraja Selangor, satu Istiadat bagi memartabatkan Cik Puan Besar Selangor, Datuk Amar Siti Aishah sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor telah dijalankan.

Istiadat pertabalan Permaisuri Siti Aishah telah dijalankan penuh beradab mengikut susila diraja Selangor di Balairong Seri Istana Alam Shah. Setelah selesai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor meletakkan Tiara(Mahkota) di atas jemala Permaisuri Siti Aishah maka baginda secara rasmi memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Siti Aishah.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Siti Aishah Bt Abdul Rahman.
Baginda seterusnya ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia pada tahun 1999 di Istana Negara. Baginda mencatatkan beberapa sejarah yang sehingga kini diingati iaitu sebagai Raja Permaisuri Agong pertama yang memakai hijab(jilbab) dalam kehidupan seharian, Raja Permaisuri Agong termuda dalam sejarah Malaysia dan Raja Permaisuri Agong kedua yang berasal dari keturunan kebanyakkan.

Sepanjang memegang jawatan sebagai Tengku Permaisuri Selangor dan Raja Permaisuri Agong, baginda telah dilantik sebagai Penaung Diraja beberapa persatuan seperti Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Alumni UiTM, Penasihat bagi Projek Yayasan Jantung Hatiku dan Yang Dipertua Persatuan Wanita Islam Selangor.

Permaisuri Siti Aishah juga dianugerahkan pelbagai gelaran antaranya ialah Darjah Kerabat Negeri Selangor(Yang Amat Dihormati-Pangkat Pertama), DK, Darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang(DA Sarawak) dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara(DMN).

Selepas kemangkatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada tahun 2001, Permaisuri Siti Aishah telah meninggalkan Istana Selangor dan menjalani kehidupan yang sederhana bersama ayahanda dan bonda tercinta. Apabila Akhbar The Star dalam temubual nya bersama Permaisuri Siti Aishah pada tahun 2006 telah melakukan kesilapan dengan memanggil Permaisuri Siti Aishah sebagai Tuanku, Dewan Diraja Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa Bekas Permaisuri Agong tidak boleh lagi dipanggil Tuanku. Gelaran yang tepat untuk merujuk Permaisuri Siti Aishah ialah Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah Bt Abdul Rahman diatas penganugerahan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati(DK) oleh Almarhum Sultan.

 Seri Paduka Baginda Raja Permaiusri Agong, Tuanku Siti Aishah
Walaupun tidak lagi boleh dipanggil Tuanku, ia tidaklah bermakna bahawa Permaisuri Siti Aishah telah jatuh maruah kemasyarakatan dan kemuliaannya, malahan sudah menjadi resam Orang-orang Besar Negeri amat menyayangi Raja Pemerintah yang mempunyai “Permaisuri” dari golongan orang-orang kebanyakan. Wanita ini dalam teorinya, sudah tentu akan memahami perasaan mereka kerana wanita ini adalah dari golongan mereka. Maka lebih mudah para pembesar sekaliannya menyayangi dan merasa senang dengan Permaisuri. Kepada Permaisuri itulah tempat mereka mengadu nasib dan membisik-bisikkan nasihat “demi kebaikan negeri”.

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini belajar untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang wanita yang berani menyuarakan pendapat. Seorang gadis yang pernah mengahwini Raja Pemerintah dan menduduki takhta sebagai suri singgahsana telah pun mencecah usia 40 Tahun. Semoga Allah Taala sentiasa memelihara Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah Duni dan Akhirat.

Persembahan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah
Sempena Ulantahun Hari Kelahiran Baginda Yang Ke-40 Pada 18 November 2011

Semoga Allah sentiasa melindungi Yang Amat Mulia Permaisuri dunia dan akhirat.

1 comments:

David Ng February 11, 2014 at 2:29 PM  

I have on two occasions dealt with Permaisuri Aishah. She is a very warm and down to earth person. I have utmost respect for the Permaisuri.
Daulat Permaisuri. Daulat Permaisuri.
David Ng.
mydavidng@gmail.com
solitaire/tristar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP