Muhamad Syukri Dzun Nurin

Thursday, October 13, 2011

Kisah Mawar Merah Kesepuluh-DYTM Tengku Puan Pahang besabar atas ujian Allah.

Assalamualaikum. Kisah Mawar Merah yang terakhir kali ini akan membawakan salah seorang insan yang amat istimewa di hati penulis portal ini. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bt Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

 Sumber-Radin's Blog
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan telah diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bharu, Johor. Baginda merupakan puteri yang ketiga kepada Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Mashoor dan Yang Amat Mulia Enche' Besar Johor, Hajah Kalsom Bt Abdullah.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bharu seterusnya ke Sekolah Rendah Sultan  Ibrahim. Baginda mendapat pendidikan tinggi di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu.

Dengan kehendak Allah yang menentukan jodoh pertemuan, baginda telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 1986 dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah. Baginda berdua dikurniakan empat orang puteri dan dua orang putera iaitu Tengku Amir Nasir, Tengku Hassanal Ibrahim, Tengku Muhamad Iskandar, Tengku Ahmad Ismail selain dua orang puteri iaitu Tengku Afzan Aminah dan Tengku Puteri Jihan.

 Tengku Mahkota Pahang bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Abu Bakar, Pekan.Sumber-Ilovepahang



 Tengku Puan Pahang bersama Putera dan Puterinya.Sumber-RadinsBlog
Sabar dengan ujian Allah yang menimpa kepada baginda, Tengku Puan Pahang ini tidak pernah putus semaangat untuk memiliki zuriat sendiri. Pada awal perkahwinan, Kebawah Duli Tuanku mengalami beberapa masalah sulit dan mengalami keguguran, namun itu semua diambil sebagai sumber untuk terus kuat. Ujian yang ditimpakan Allah hanya sementara dan Kebawah Duli Tuanku akhirnya dikurniakan zuriat melalui kaedah tabung uji(IVF) Selain daripada itu baginda juga telah menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah(TAFF) dan menjadi pengasas serta presiden seumur hidup bagi yayasan kesuburan itu.

Pada Ogos 2009, baginda sekali lagi diuji apabila baginda serta 5 orang putera puteri yang lain telah dijangkiti penyakit H1N1.
''Semasa berada di dalam wad, saya rasa bagaikan terpinggir dari dunia luar. Pada masa sama saya terbayangkan seorang gadis di Jerman (pernah dilaporkan akhbar tempatan sebelum ini) yang menjadi hamba seks bapanya selama 24 tahun.
''Setelah bertahun-tahun dikurung, gadis itu dibebaskan apabila bapanya ditangkap polis. Saya juga merasai kebebasan yang sama apabila dibenarkan keluar dari wad''-Kosmo
Akibat daripada kejadian itu, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku telah mengalami kesedihan dan keresahan yang amat sangat.
''Saya menangis terkenangkan anak-anak dan betapa susahnya untuk memiliki anak sebelum ini,"-Kosmo
 Sumber-Utusan Malasyia.
Peranan Tengku Puan sangat besar, selain menjadi Isteri kepada Tengku Mahkota, baginda juga memainkan peranan-peranan lain seperti Penaung Diraja
  • Persatuan Sahabat Asia Pasifik
  • Persatuan Pandu Puteri Pahang
  • Pengerusi Persatuan Perkumpulan Wanita Islam Pahang
  • Pemengang Amanah Yayasan Istana Abdul Aziz.
Baginda juga pernah menulis sebuah buku masakan yang diberi nama 'Air Tangan Tengku Puan Pahang' dan hasil daripada jualan itu disalurkan kepada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah(TAFF). Baginda juga menjadi pencetus utama kepada Projek mempopurlarkan semula Songket Tenun Pahang.

Selepasa hampir 25 tahun mendirikan rumah tangga,baginda kini patut berbangga kerana mempunyai Putera-puteri pewaris takhta selain dikurniakan kesihatan oleh Allah S.W.T. Pengalaman lalu menjadikan Tengku Puan Pahang ini lebih kuat dan bersedia. Selain baginda juga merupakan salah seorang kerabat diraja yang menggunakan hijab dalam kehidupan seharian.

Merupakan Puteri kepada Sultan Johor, Menantu kepada Sultan Pahang, Isteri kepada bakal Sultan Pahang dan ibu kepada bakal Sultan Pahang, bukankah itu menjadi kecemburuan sesiapa saja yang mendengarnya. Inilah dipersembahkan kepada semua episod terakhir Kisah Mawar Merah, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bt Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. DK, DK(Johor), SPMJ.

Sekian, Wassalam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP