Assalamualaikum. Kisah Mawar Merah kali ini akan menampilkan salah seorang puteri dalam kalangan kerabat Diraja Johor. Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Bt Sultan Ibrahim merupakan Puteri tunggal dan Anakanda kedua dari enam orang adik beradik kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah Bt Almarhum Sultan Idris Shah.
 |
| Sumber-Nona Mac 2008. |
Yang Amat Mulia Paduka Puteri dilahirkan pada 8 April 1986 di Johor Bharu. Menerima Pendidikan awal di Tadika Hiltop sebelum melangkah kaki ke Sekolah Convent Johor Bharu. Yang Amat Mulia Paduka Puteri seterusnya menyambung pelajaran peringkat A-Level di Kolej Salle, Australian Singapore Scholl Singapura. Menjadi satu-satunya Puteri dalam kalangan 5 orang adik beradik yang lain membuatkan Paduka Puteri atau panggilan mesranya ialah Tunku Inah menjadi perhatian keluarga.
 |
| Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah bersama Ayahanda Beliau iaitu DYMM Sultan Ibrahim. |
Mengakui lebih rapat dan manja dengan Ayahanda, bukan satu tiket besar untuk Tunku Inah mendapatkan apa sahaja yang dihajati dengan mudah dan kadang- kadang ada permintaan yang tidak dapat ditunaikan oleh Paduka Ayahanda nya. Ini kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dan Tuanku Raja Zarith Sofiah telah mengajar Putera Puteri baginda sejak kecil supaya tidak menunjuk-nunjuk dan menjadi insan yang merendah diri, selain menghormati orang lain.
 |
| Yang Amat Mulia Tunku Inah bersama Adinda dan kekanda beliau yang lain |
“Ayahanda seorang bapa yang tegas, dalam erti kata tidak terlalu mengongkong dan tidak begitu membiarkan kami bebas.
Itulah pendirian Baginda Sultan dalam mendidik Putera- puterinya. Pernah dalam satu temubual yang diadakan di Istana Besar selepas Perlantikkan Sultan, Sultan Ibrahim mengakui bahawa cara mendidik anak-anak sekarang bukan menggunakan rotan dan perlu mengikut kehendak semasa. Merupakan peminat setia perkembagan fesyen negara, Yang Amat Mulia Tunku Inah masih lagi berpegang pada prinsip - Boleh pakai saja asalkan tidak terlalu mendedahkan tubuh.
 |
| Sumber-Johor Royalty. |
Menjadikan Bonda beliau iaitu Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah sebagai idola sepanjang hayat, Yang Amat Mulia Paduka Puteri sangat kagum dengan sifat bondanya yang mengambil berat bukan hanya terhadap keluarga, tetapi rakyat jelata.
“Apa yang paling saya suka tentang bonda ialah beliau menulis sendiri ucapan bagi setiap program yang dihadiri tanpa memerlukan bantuan sesiapa,
 |
| Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah bersama bondanya iaitu DYMM Tuanku Raja Zarith Sofiah. |
Bagi Tunku Aminah dan adik-beradik yang lain, ayahanda mereka ialah orang yang paling kelakar di dunia.
“Ada sahaja lawak yang dibuatnya ketika berkumpul bersama keluarga,” katanya yang mengakui sentiasa menjadi perhatian orang, lebih-lebih lagi daripada gadis sepertinya.
Namun seperti yang dikatakan tadi, semua itu dilalui dengan tenang tanpa menunjuk-nunjuk.
“Biarlah saya hidup sebagai seorang puteri yang sederhana sahaja,
Kisah Mawar Merah kali ini diakhiri dengan ucapan Takziah di atas Kemangkatan Yang Maha Mulia Paduka Nenda Tunku Aminah iaitu Almarhummah Tuanku Raja Perempuan Muzwin. Sebagai Puteri raja, inilah sikap dan teladan yang boleh dicontohi. Kehidupan menjadi Puteri Raja, dari Protokol hinggalah hal peribadi, semuanya ingin diketahui Rakyat. Inilah dipersembahkan Kisah Mawar Merah Kelapan, Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Bt Sultan Ibrahim. Sekian, Wassalam.
1 comments:
Buat jugak ya... =)
Post a Comment