Muhamad Syukri Dzun Nurin

Thursday, September 15, 2011

Majlis Jamuan Hari Raya Diploma Kejururawatan USM

Assalamualaikum. Pagi tadi telah pun berlansung Majlis Jamuan Hari Raya, Diploma Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar sedari mula majlis hinggalah tamat Majlis itu.

Antara kenamaan yang hadir dalam Majlis itu ialah Pengerusi Program Diploma Kejurawatan, Para Pengajar Jururawat, Pengajar Klinikal dan kakitangan Jabatan Pendaftar, USM Kelantan.

 Pengerusi Program Diploma Kejururawatn USM, Pn Noraini Hussein(Bertudung Coklat Keemasan) tersenyum melayan tetamu dari Jabatan Pendaftar. Turut kelihatan Para Pengajar Jururawat.
 Pengajar Jururawat, Pn Norliza Hussein bersalaman dengan tetamu.
 Sesekali berjumpa, apalah yang dibualkan antara Pn Rusmani dan Kakitangan Pejabat Desasiswa Nurani. turut kelihatan Pengajar Jururawat Pn Norahan Muhamad(berbaju silver)
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan dikir barat daripada pelajar tahun 1 Diploma Kejururawatan, nyayian lagu hari raya, persembahan tarian rakyat dan Majlis resepsi antara Pengajar dan Pelajar Jururawat. Di akhir majlis saya sempat juga bergambar dengan beberapa orang pengajar.

 Bersama Pn Norliza Hussein, antara Pengajar Jururawat yang rapat dengans saya.
 Pn Nor Jasmani yang juga ibu angkat saya dan Pn Fadzilah Hussein.
 Pn Fadzilah Hussein Pensyarah Sosiologi terbaik yang pernah saya ada.
Diharap majlis sebegini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Selain dapat mengeratkan ukhuwah, majlis sebegini juga memberi peluang untuk kita bermaaf-maafan sempena masih berada di bulan aidilfitri ini. Wassalam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP