Muhamad Syukri Dzun Nurin

Saturday, September 17, 2011

Lagu Rakyat Negeri Perlis-Canggung


Assalamualaikum. Ruangan hiburan di Putra Blog kali ini diisi dengan entry Lagu lagu Rakyat. Dimulakan dengan Negeri Perlis. Lagu atau Tarian yang terkenal di Perlis diberi nama 'Canggung'. Canggung dalam Kamus Dewan Edisi ke-3 dirujuk kepada makna (kekok, kaku, janggal) atau kurang elok dan kurang sempurna pada pandangan atau pendengaran. Lagu ini amat terkenal dan menjadi halwa telinga terutamanya Rakyat negeri Perlis. Lagu dan Tarian ini juga sering dimainkan di Istiadat Diraja Perlis.

Lagu canggung juga sudah diwartakan sebagai Lagu Tradisional Perlis. Ianya bukan sekadar lagu tetapi suatu ketika dahulu, ia diiringi tarian. kemuncak kehebatannya pada zaman pemerintahan Jepun.


Lagu Canggung diasaskan di kawasan bintong dan dua penggiat utamanya ialah Che Lian dan Che Intan. Canggung kononnya berasal daripada makyong laut dan dibawa ke bintong oleh Tok Mat Buaya dan kemudiannya diadaptasi oleh Che Lian dan Che Intan.(Sumber-http://www.anakperlis.com). Bagi saya sendiri Lagu ini amat menarik sekali dan sangat menghiburkan. Dibawah merupakan sedikit sebanyak Lirik Lagu Canggung.


Ala canggung makcik la makcik canggung
Canggung canggung ala lei la lei...
Nasi kunyit Sayang gulai lah yang ayam
Tang mana lah ayam
Dalam belanga lah ayam
Hai sedapkah ayam
Mari dimakan di batas lentang.

Ala canggung makcik la makcik canggung
Canggung canggung ala lei la lei...
Songkok senget Sayang jalan lah yang malam
Mengkala la malam
Sat ni la malam
Hai sungguh ka malam
Hendak memikat si sanggul lentang

Ala canggung makcik la makcik canggung
Canggung canggung ala lei la lei...
Kuala Tunggang dik oi di padang lah yang Siding
Tang mana lah Siding
Hai di sana la Siding Hai jauh ka siding
Tempat lah orang julang penangin
Ala canggung makcik la makcik canggung
Canggung canggung ala lei la lei...
Sanggul lentang dik oi bungalah sunti
sapa dok sunti
hai dia dok sunti
hai betoi kah sunti
Bagailah mana apa nak jadi

Ala canggung makcik la makcik canggung
Canggung canggung ala lei la lei...
Bukit Chupping sayang gua lah berani
Dimana berani disana berani
Hai sungguh berani
Tempat orang mengambil baja.

Untuk mendengar lagu ini boleh lah klik Link Dibawah

http://www.youtube.com/watch?v=UGjgqlQMdk8

Sekian Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP