Muhamad Syukri Dzun Nurin

Thursday, September 15, 2011

Kisah Mawar Merah Keempat-YTM Tunku Puteri Intan Shafinaz


Assalamualaikum. Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Brigader Jeneral Tunku Puteri Intan Shafinaz Bt Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim merupakan satu-satunya puteri kandung kepada Al-Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Sultanah Hajah Bahiyah.

Yang Teramat Mulia Tunku Intan Shafinaz diputerikan pada tahun 1966 di Alor Star, Kedah. Menerima Pendidikan awal di Kolej Tunku Kursiah(KTJ) dan meneruskan bidang pengajian Politik di Chethelmen Ladies College, England.

Jika dilihat wajah Yang Teramat Mulia Tunku Puteri saling tidak tumpah dengan Almarhummah Bondanya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah bt Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Tunku Puteri mewarisi kecantikkan Almarhumah Bondanya dan sifat merendah diri yang cukup disegani dan dipuji.

 bersama Puteri Sultan Brunei
Kehidupan Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Shafinaz tidak jauh bezanya dengan Rakyat biasa.Tunku Puteri juga berbasikal mengelilingi bandar Alor Star sambil menghirup udara segar di jelapang padi(any royal princesses can do that). Antara aktiviti kesukaan Tunku Puteri pada waktu lapang ialah bermain paintball, panjat gunung, kayak, jetski dan Tunku Puteri Intan juga menyertai Askar Wataniah sehingga dilantik sebagai Brigader Jeneral.

 Sisipan Muka Depan Majalah Wanita edisi Julai 2010 tentang Tunku Puteri Intan Safinaz.Sumber-Majalah Wanita
Menjadi Puteri raja di dalam Istana tidak memberikan keitimewaan kepada Tunku Puteri untuk berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa. Untuk pengetahuan, Yang Teramat Mulia Tunku Puteri merupakan salah seorang pencetus penubuhan Yayasan Sultanah Bahiyah(YSB) dan dilantik sebagai salah seorang pemegang amanah seumur hidup selain memegang jawatan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.

 Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Shafinaz bersama Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah. Turut kelihatan ialah Raja Muda Kedah, Tunku Datuk Seri Intan Suraya dan Raja Datuk Seri Iskandar Zulkarnain.Sumber-Yayasan Sultanah Bahiyah.
Antara kebanggaan dalam hidup Tunku Puteri Intan Shafinaz ialah apabila dilantik serentak menjadi Pro Canselor dua buah Universiti Awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM). Perlantikkan itu ialah keyakinan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas kebolehan Tunku Puteri Intan untuk memberi khidmat sumbangan terutamanya dalam bidang pertahanan negara.

 Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Shafinaz menerima watikah perlantikkan sebagai Pro Canselor UKM daripada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.Sumber-Ukm.my
Selain itu juga Tunku Puteri Intan dilantik sebagai Felo Diraja Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari). Pesananan bondanya sentiasa tersemat di hati iaitu ingin menabur bakti kepada seluruh rakyat kedah terutamanya dan rakyat Malaysia Am nya.Peribadi Tunku Puteri Intan haruslah diikuti dan dicontohi kerana jarang sekali kita berjumpa Puteri raja berperibadi begini. Inilah dipersembahkan Kisah Mawar Merah Ke-4, Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Shafinaz Bt Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

5 comments:

Anonymous,  September 15, 2011 at 10:07 AM  

syeikh... tahniah atas maklumat2 sebegini...

cuma terdapat beberapa penemuan:
1. sebenarnya dymm tuanku sultan abdul halim dikurniakan 3 org puteri; dato' seri tunku puteri soraya dan tunku puteri sarina (kembar) serta tengku panglima basar dato' seri tunku puteri intan shafinaz...

tunku puteri soraya berkahwin dengan raja dato' seri ashman shah ibni paduka seri sultan azlan shah

tunku puteri soraya mangkat pada tahun 1991

2. bahasa untuk kelahiran puteri raja adalah tetap diputerakan... diputerakan adalah laras bahasa istana untuk kelahiran... ianya tidak berkaitan dengan jantina...

sekian

Anonymous,  September 15, 2011 at 10:09 AM  

syeikh... tahniah atas maklumat2 sebegini...

cuma terdapat beberapa penemuan:
1. sebenarnya dymm tuanku sultan abdul halim dikurniakan 3 org puteri; dato' seri tunku puteri soraya dan tunku puteri sarina (kembar) serta tengku panglima basar dato' seri tunku puteri intan shafinaz...

tunku puteri soraya berkahwin dengan raja dato' seri ashman shah ibni paduka seri sultan azlan shah

tunku puteri soraya mangkat pada tahun 1991

2. bahasa untuk kelahiran puteri raja adalah tetap diputerakan... diputerakan adalah laras bahasa istana untuk kelahiran... ianya tidak berkaitan dengan jantina...

sekian

Putra Blog September 15, 2011 at 3:33 PM  

Anonymous.. Terima kasih kerana komen kat sni.. saya tahu yang selain dari YTM Tunku Puteri Intan Shafinaz terdapat 2 org lagi puteri Sultan Kedah iaitu YTM Tunku Intan Suraya dan Tunku Sarina..

Untuk pengetahuan suadara, Tunku intan suraya dan Tunku Sarina itu cuma anak angkat kepada Tuanku Sultan Kedah dan bukannya darah daging.. Ayah mereka ialah Tunku Abdul Aziz yang juga kerabat diraja kedah.. sekian

Mohamad Syardanie Anuar Nordin September 15, 2011 at 7:24 PM  

Pembetulan : Tengku Abdul Aziz adalah kerabat Terengganu & anakanda kepada Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tengku Abdul Aziz berkahwin dengan YTM Dato' Seri Tunku Hamidah, kekanda Tuanku Sultan Kedah...

Rujukan : http://www.royalark.net/Malaysia/treng12.htm

Sekian, harap maklum...

Mohamad Syardanie Anuar Nordin September 15, 2011 at 7:26 PM  

Terlupa satu lagi, YTM Tunku Soraya berkahwin dengan YAM Raja Dato' Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Affifullah Shah (Raja Kechil Besar Perak)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP