Muhamad Syukri Dzun Nurin

Thursday, September 8, 2011

Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah (Raja Perempuan Penuh Gaya)


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah Bt Al-Marhum Tengku Abdul Rashid merupakan puteri daripada dua penyatuan keluarga diraja. Ayahanda baginda iaitu Tengku Abdul Rashid Ibni Al-Marhum Sultan Sulaiman merupakan kerabat diraja Terengganu manakala Bonda baginda iaitu Tengku Petri Bt Al-Marhum Sultan Ibrahim merupakan kerabat diraja Kelantan.

Secara kebetulan dan mungkin juga kuasa tuhan, Kedua-dua Tuanku Raja Perlis iaitu Tuanku Syed Putra Almarhum Syed Hassan dan Tuanku Syed Sirajuddin(Raja Perlis sekarang) memilih isteri dalam kalangan keluarga diraja Kelantan. Raja Perempuan Besar Perlis, Tuanku Budriah bt Almarhum Tengku Ismail juga merupakan kerabat diraja Kelantan disebelah ayahanda baginda manakala Kerabat diraja Pattani dari sebelah bonda baginda.Dan Apa yang menariknya, Putera kepada Tuanku Syed Sirajuddin, Tuanku Syed Faizuddin Putra juga memilih wanita dari Kelantan untuk dijadikan Isteri.

Melihat gaya dan sifat Raja Perempuan Perlis ini, apa yang boleh dikatakan baginda seorang yang sangat luar biasa. Personaliti yang ditunjukkan ditambah keramahan baginda dalam melayani semua orang membuatkan Rakyat jelata mengagumi baginda. Sifat baginda yang suka berkongsi, mudah menerima dan lapang dada menjadikan baginda sebagai salah seorang Raja Permaisuri yang sentiasa bertakhta di Hati Rakyat.

Semenjak kecil lagi Beta diajar untuk menyayangi dan menghargai orang sekiling beta. Beta menghormati setiap orang tidak kira pada pangkat atau kedudukannya. Jika tetamu bertandang ke Rumah, beta sentiasa melayani mereka dengan baik dan menjamu air serta memberi makanan. Itu yang Beta pupuk sejak kecil dan sehingga hari ini beta sematkan di hati- Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Tuanku Fauziah menyampaikan Piala Hang Tuah kepada Muhammad Firdaus Haris pada Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak sedunia pada Tahun 2006-Sumber Album Pertabalan
 Tuanku Fauziah berkenan menyampaikan cenderamata berupa bunga segar kepada Jessica Chan sewaktu Konsert Diraja Perlis 31 Julai 2006.Sumber-Album Pertabalan
Pendirian hidup Tuanku Fauziah sangat mudah, segala nikmat kekayaan yang diterima tidak hanya dirasai seorang diri, tapi memberi dan berkongsi pada orang yang kurang bernasib baik. Yang keduanya, jika kita tidak mendidik jiwa untuk memberi, kita mungkin tidak akan menemui kebahagian sebenar dalam hidup.


 Tuanku Fauziah mengurniakan cenderamata kepada Dato Dr Syed Aziz Syed Zain-Sumber Putra Blog
Menjadi kebiasaan pada baginda untuk mengurniakan hadiah dan wang ringgit kepada orang sekeliling baginda samaada semasa atau selepas Majlis-majlis tertentu. Jika anda dititah menghadap baginda, tidak lainlah itu mungkin baginda ingin mengurniakan sesuatu kepada anda. Tuanku Fauziah tidak memilih waktu atau tempat untuk menunjukkan kemurahan hati baginda.

 Tuanku Fauziah menerima ucapan selamat Ulangtahun sempena dengan Keputeraan Baginda  yang ke-59 daripada Datin Seri Rosmah Mansor sambil itu baginda mengurniakan cenderamata kepada Datin Seri Rosmah.Sumber-Putra Blog
Menjadi Raja Permaisuri Agong selepas ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perlis ke-10 pada tahun 2000 memberi peluang kepada baginda untuk mendekati rakyat jelata. Baginda bukan sahaja Raja Permaisuri di negeri Perlis sahaja malahan menjadi Permaisuri negara milik rakyat Malaysia.

 Potret Kenangan Baginda sebagai Raja Permaisuri Agong
Sepanjang menjalankan tugas sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia, Tuanku Fauziah telah berkesempatan untuk membuat kunjungan ke hampir 20 buah negara asing seperti Itali, Vietnam, Kemboja, Kazakhstan, Uzbekistan, Ireland, Syiria, China, Jepun, Perancis, Poland, Rusia, Finland,Sweden, Jordan, Emiriah Arab Bersatu dan Negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.

 Tuanku Fauziah dan Tuanku Syed Sirajuddin bersama Raja Sweden, King Carl Gustaf XVI dan Queen Silvia sewaktu Majlis Santapan Malam Negara bagi meraikan keberangkatan Tuanku berdua ke Sweden.Sumber-Putra Blog
 Tuanku Fauziah bersama Tuanku Syed Sirajuddin sewaktu lawatan Rasmi Negara ke Singapura.Kelihatan baginda sedang berbual dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.Sumber-Album Pertabalan
 Irish President Mary McAleese menerima cenderamata sewaktu lawantannya ke Malaysia  sambil diperhatikan oleh Tuanku Fauziah dan Tuanku Syed Sirajuddin.Sumber-Koleksi Pertabalan

Disamping berkunjung ke luar negara, Tuanku Fauziah juga memainkan peranan dan tugas baginda sebagai salah seorang ahli seni. Baginda menggunakan kreativiti baginda dalam menata rias Istana Negara iaitu kediaman rasmi baginda sebagai Raja Permaisuri Agong dan Istana Melawati di Putrajaya mengikut ciri-ciri yang ada di Istana Perlis. Baginda mendekorasikan Istana Melawati menggunakan barang-barang di Istana Arau dan Istana Fauzana.


 Istana Melawati,Putrajaya.
 Sekian, Terima Kasih.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP