Muhamad Syukri Dzun Nurin

Sunday, August 21, 2011

Malam 21 Ramadhan-Tanda kebesaran Allah


Assalamualaikum Ukthi dan Akhi. Sekarang jam menujukkan 03.55 pagi dan saya masih belum dapat melelapkan mata. Mungkin teringat banyak dosa yang lepas hingga menyebabkan saya begitu sayu. Saya takut jika mati dalam keadaan Su'ul khatimah iaitu pengakhiran yang menyedihkan. Subhanallah.

Dalam melangkah ke hari seterusnya, hati saya masih lagi berbelah bahagi. Ditambah dengan Ramadhan yang hampir meninggalkan kita. Bila dapat bertemunya pula. Wallahualam. Memang benar kita sebagai Hamba Allah diuji pelbagai macam cara untuk meningkatkan lagi darjat kita dan menguji keimanan kita. Sejauh mana keyakinan kita pada Rabb. Adakah sekadar di bibir sahaja. Ingatlah, semua manusia diuji. Cuma lain cara dan masanya. Jangan risau Allah bersama kita Ya. La Tahzan.

Sebesar mana pun Dosa kita, setinggi langit, selautan air sekalipun tidak tertanding dengan Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah. Percayalah dan bertaubatlah. Kita hamba di dunia ini banyak sangat buat silap dan pastikan setiap perubahan kita itu disertakan dengan istiqamah yang berpanjangan. Insyallah, Allah itu kan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Yang penting kita kena bersangka baik( Husnul Zanni) dan jangan putus berdoa kepada Nya.

Ditirai Malam ini, kesepian, kedamaian. Ada seribu keampunan dan Rahmat Allah. Bangun dan berdoa. Minta segalanya lancar lepas ini. Jangan mudah putus asa. Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang tidak baik itu adalah dari diri saya sendiri. Wassalam.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP