Muhamad Syukri Dzun Nurin

Saturday, July 16, 2011

Kerabat Bergelar Negeri Sembilan

Assalamualaikum.Kali ini mari kita melihat pula sejarah dan susur galur kerabat diraja negeri semnbilan,Negeri yang dikenali sebagai Bumi Adat di Malaysia.Negeri Sembilan pada mulanya dipercayai didiami oleh kaum bugis dan sakai dan dinaungi oelh Kerajaan Johor,kemudiaan ianya berkembang apabila datangnya keturunan orang melayu minangkabau tetapi keadaan di negeri sembilan pada waktu itu sangat tidak aman oleh kerana kekalutan yang ditimbulkan oleh orang bugis yang diketuai oleh Daeng Kemboja.


Penghulu di Negeri Sembilan telah bersepakat untuk menghadap Yang dipertuan Pagar Ruyong setelah Sultan Johor pada waktu itu tidak dapat menolong apa-apa kerana sedang berperang dengan Aceh.Maka Yang dipertuan Pagar Ruyong bersetuju untuk menghantar seorang anak raja iaitu Raja Melewar sebagai Yamtuan untuk memrintah negeri sembilan pada waktu itu.

Berikut merupakan susunan Yang dipertuan(YamTuan Besar)Negeri Sembilan dari awal hinggalah sekarang.

  1. Sultan Mahmud(Raja Melewar)
  2. Yamtuan Raja Hitam
  3. Yamtuan Raja Lenggang
  4. Yamtuan Raden Ibni Raja Lenggang
  5. Yamtuan Antah ibni Raja Raden
  6. Yamtuan Tuanku Mohammad Ibni Tunku Laksmana Antah
  7. Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohammad
  8. Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  9. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  10. Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Dan ini pula merupakan susunan Cik Puan Besar dan Tunku Ampuan Negeri Sembilan

  1. Cik Puan Besar Seni bt Dato Naam
  2. Tunku Ampuan Jingga bt Almarhum Sultan Mahmud
  3. Tunku Ampuan Ngah bt Raja Hitam
  4. Cik Puan Besar Nila
  5. Tunku Ampuan Intan bt Tunku Alang Hashim
  6. Cik Puan Besar Halimah
  7. Tunku Ampuan Besar Khadijah bt Tunku Muda Chik(Isteri Tuanku Mohammad)
  8. Tunku Ampuan Cik Serting(Isteri Tuanku Mohammad)
  9. Tunku Ampuan Kursiah bt Tunku Besar Burhanuddin
  10. Tunku Ampuan Durah bt Tunku Besar Burhanuddin
  11. Tunku Ampuan Najihah bt Tunku Besar Burhanuddin
  12. Tunku Ampuan Besar Aishah Rohani bt Tunku Besar Mahmud


Dan ini pula gelaran bagi Putera yang empat di Negeri Sembilan mengikut kekanananya di dalam Istana Besar Seri Menanti


  1. Tunku Besar Seri Menanti
  • Penyandangnya sekarang ialah Y.A.M Tunku Ali Redhaudin Ibni Tuanku Muhriz
  • Merupakan putera sulong pasangan Yang Dipertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
  • Dianugerahkan Darjah Kerabat Yamtuan Raden(D.K.Y.R)

     2.Tunku Laksamana Negeri Sembilan
  • Penyandangnya sekarang ialah Y.A.M Tunku Naquidin ibni Almarhum Tuanku Jaafar
  • Isteri penyadang membawa gelaran Tunku Puan Muda(Tunku Nurul Hayati bt Tunku Bahador)

     3.Tunku Muda Serting
  • Penyandangnya ialah Y.A.M Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Jaafar
  • Isteri penyandang membawa gelaran Che Engku Negeri Sembilan

     4.Tunku Panglima Besar
  • Penyandangnya sekarang ialah Y.A.M Tunku Nazruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar

Gelaran Anak Raja Bergelar yang lain.
  • Tunku Dara
  • Tunku Puteri
  • Tunku Puan Muda Serting
  • Tunku Imam
  • Tunku Kechil Besar
  • Tunku Putera
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan pula kebiasaanya bergelar Tunku Ampuan atau Tunku Puan Besar.Manakala Duli-duli Tuanku pula bergelar Yang Dipetuan Besar dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.Daulat Tuanku.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP