Muhamad Syukri Dzun Nurin

Tuesday, March 12, 2013

Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah



Assalamualaikum. Personaliti dan juga Permaisuri yang saya akan kenalkan hari ini tidak asing lagi dalam kehidupan rakyat Malaysia dan juga rakyat negeri Perlis terutamanya. Tuanku amat dikenali dalam segenap lapisan masyarakat  dan juga  keluarga diraja. Sifat baginda yang mudah mesra itu menjadikan baginda antara Permaisuri yang paling dihormati di dalam Malaysia ini.

Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Hajah Fauziah Bt Almarhum Tengku Abdul Rashid, DK., SSPJ., SPMP., DMN., DK (Kelantan)., DK (Pahang)., Knight Of The Royal Order Of The Seraphim (Sweden).,Grand Croix De L’Order (Royal Sash) – Cambodia., Knight Grand Cross of the Order of Merit of the Republic Of Italy., Knight Grand Cross of the Order of Isabella the Catholic of Spain .,Grand Cordon of the Order of the Precious Crown of Japan.,The Order of the Sacred Treasure, Gold and Silver Star (Japan).

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah diputerikan pada 6 Jun 1946. Baginda merupakan puteri dari kerabat diraja Kelantan dan Terengganu. Ayahanda baginda merupakan anakanda kepada Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu, dan bonda baginda merupakan Kerabat Diraja Kelantan iaitu Yang Amat Mulia Tengku Kembang Petri Binti Almarhum Sultan Ibrahim.

Baginda memulakan persekolahan di Zainab English Scholl dan telah mengikat tali pertunangannya dengan Raja Muda Perlis ketika itu,Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalulilal. Oleh kerana kehendak dan jemputan bakal bonda mertua baginda sewaktu itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Budriah untuk menetap bersama baginda sekelurga di Istana Negara, Tuanku Fauziah mula belajar bagaimana seorang Permaisuri menggayakan diri nya untuk mendekati rakyat.

Selepas 8 Bulan mendirikan rumah tangga, baginda secara rasmi dimasyhurkan sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Indera Kayangan dan dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP). Hasil perkahwinan baginda, Tuanku Fauziah telah dikurniakan sepasang Putera dan Puteri iaitu Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra (Raja Muda Perlis) dan Yang Amat Mulia Dato Seri Diraja Sharifa Fazira (Tengku Puteri Mahkota Perlis).

 Baginda bersama Suami, Putera Puteri, Menantu dan Cucunda-cucunda Baginda di Istana Arau.
 Potret kenagan ketika bergelar Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis
Pada 14 Julai 2000. Baginda telah ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis berikutan perlantikkan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis. Baginda menggantikan tempat Bonda mertua baginda iaitu Almarhummah Tengku Budriah dan pada ketika itu di martabatkan juga Bonda Raja Perlis sebagai Raja Perempuan Besar Perlis dengan gelaran Yang Maha Mulia. Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Fauziah bersemayam di Istana Fauzana dan Raja Perempuan Besar Perlis bersemayam di Istana Kenangan Indah, Repoh, Perlis.

 Istiadat Pertabalan DYMM Tuanku Raja dan DYMM Raja Perempuan Perlis.
 Tuanku Syed Sirajuddin mengucup Keris Panjang DiRaja simbolik Majlis Pertabalan Baginda.
 Istana Kenangan Indah merupakan bersemyam Raja Perempuan Besar Perlis.
Pada tahun 2001,baginda telah ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia ke -11 dan dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN). Sepanjang memegang jawatan sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia, Tuanku Fauziah telah berkunjung ke lebih 20 buah negara di Dunia termasuk Italy, Sepanyol, Perancis, Jepun, Belgium, Sweden, Portugal, Canada, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan negara-negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Thailand dan Singapura.

 Potret Rasmi Baginda sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia.
 Antara Potret kenangan baginda berdua sebagai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Pada tahun 2003, Baginda telah dilantik secara rasmi sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia dan baginda telah mencatatkan sejarah sebagai Canselor Wanita pertama yang dilantik menerajui Universiti itu.

 Potret baginda sebagai Canselor USM.
Baginda juga adalah Permaisuri yang terbanyak dianugerahkan Darjah Kebesaran iaitu
  • Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra (D.K)
  • Darjah Kerabat Seri Indera Mahkota Pahang (D.K Pahang)
  • Darjah Kerabat Al-Yunusi (DK Kelantan)
  • Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN)
  • Seri Paduka Mahota Johor (SPMJ)
  • Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP)
  • Seri Setia Tuanku Syed Putra Jamalulail (SSPJ)
Selain itu baginda juga dianugerahkan Darjah Kebesaran Luar Negara sebagai Tanda Penghormatan kepada baginda.
  • Grand Cordon of the Order of the Precious Crown of Japan
  • Grand Cross of the Order of Isabella the Catholic of Spain
  • Grand Cross of the Order of Merit of the Republic of Italy
  • Grand Croix De L’Order (Royal Sash) – Cambodia 
  • Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden)
  • The Order of the Sacred Treasure, Gold and Silver Star (Japan)
 Baginda bersama Suami, Bonda Mertua dan Putera Puteri di Istana Negara.
Dibawah merupakan antara Gambar kenangan baginda sepanjang bergelar Raja Perempuan Perlis dan juga Raja Permaisuri Agong Malaysia.

 Majlis Perasmian Yayasan Tuanku Fauziah
Majlis Pengurniaan Anugerah Pelajaran Diraja , USM di Istana Arau.
 Majlis Perasmian Pesta Air Malaysia Di Ampang Jajar, Kedah.
 Majlis Santapan, Malam Sanggar Sanjung Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Akhir kata, sebagai salah seorang Raja Perempuan, Tuanku Fauziah telah menjalankan tugasnya dengan sempurna dan membawa legasi beliau sebagai Raja Perempuan yang bersopan santun dan beradab. Baginda boleh dijadikan contoh kepada semua Permaisuri Permaisuri Melayu. Sekian.

Entry berkaitan DYMM Tuanku Tengku Fauziah sebagai Raja Permaisuri Agong.
http://syukury.blogspot.com/2011/09/entry-seterusnya-raja-permaisuri-agong.html

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP