Gelaran DiRaja Isteri Sultan Dan Raja-Raja Melayu
PERLIS,KELANTAN,PERAK
Bagi Negeri Perlis dan kelantan,gelaran bagi Isteri Sultan/Raja yang pertama ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan.Jika isteri baginda bukan dari darah raja maka ianya bergelar DYMM Raja Permaisuri.Taraf gelaran Raja Perempuan adalah setaraf dengan Tunku Ampuan/Raja Perempuan/Tengku Ampuan Besar yang kebiasaanya dipakai oleh Shah Alam(Isteri yang berketurunan diraja).D.inegeri Perak pada asalnya gelaran bagi Isteri Sultan Perak yang berada di atas takhta ialah DYMM Raja Perempuan,apabila Tuanku Bainun menaiki takhta gelaran itu ditukar kepada DYMM Raja Permaisuri Perak
![]() | ||||
| Raja Perempuan Perlis,DYMM Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid bersama DYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajjah Saleha |
![]() |
| DYMM Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun |
KEDAH,PAHANG,JOHOR,TERENGGANU
Lain bagi di Negeri Kedah,Pahang,Johor dan Terengganu.Gelaran semasa yang dipakai oleh Isteri Sultan bagi negeri ini ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah.Jika Pahang,gelaran sebenarnya yang dipakai oleh isteri sultan berdarah raja ialah KeBawah DYMM Tengku Ampuan Pahang dan begitu juga Terengganu ialah KeBawah DYMM Tengku Ampuan Besar Terengganu.Gelaran ini masih boleh diubah mengikut status penyandangnya dan perkenan oleh Sultan.
![]() | ||
| Raja-Raja Melayu dan Permaisuri-Permaisuri menyambut ulangtahun jubli emas pemerintahan Tuanku Sultan Kedah Di Istana Anak Bukit |
SELANGOR,NEGERI SEMBILAN
Di Selangor,suri bagi baginda Sultan berdarah raja akan bergelar DYMM Tengku Ampuan Selangor.Gelaran itu sekali lagi ditukar apabila hendak dibuat Pertabalan YAM Permaisuri Siti Aishah dengan menggantikan gelaran lama dengan gelaran DYMM Tengku Permaisuri Selangor.Di Negeri Sembilan,isteri kepada Yang DiPertuan Besar bergelar DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan bagi bukan berdarah raja pada asalnya bergelar Duli Yang Teramat Mulia Che Ampuan Besar Negeri Sembilan tapi apabila telah ditetapkan isteri pertama walaupun bukan dari kerabat diraja harus bergelar Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Negeri Sembilan.
![]() | ||||
| DYMM Tuanku Muhhriz dan DYMM Tuanku Aishah Rohani di Istana Besar Seri Menanti |
![]() |
| YMM Tunku Ampuan Najihah di Istana Salatin |







0 comments:
Post a Comment