Muhamad Syukri Dzun Nurin

Friday, January 29, 2010

Majlis perpisahan yang penuh makna

salam
semalam iaitu pada 28 januari 2010 telah berlangsung satu majlis
yang mana ingin meraikan kenaikan pangkat pengurus bahagian(field manager) conveniece shopping sdn bhd iaitu Pn.nor azita atau lebih senang syukri panggil kak ita.kak ita telah ditukarkan ke bahagian yang lain yang mana kedudukannya sekarang lebih tinggi dari dulu.

so semalam hari last kak ita melawat stor yang mana syukri bekerja bersama field manager yang baru.
semalam juga diadakan satu mesyuarat penting dimana perletakkan jawatan serentak kedua-duanya iaitu pelatih pengurusan dan pengendali stor.waktu pertama kak ita melangkah ke dalam stor,syukri sudah nampak wajahnya yang amat berat sekali untuk meniggalkan kami semua.

rasanya ini mungkin kali terakhir syukri dapat jumpa kak ita kot.seperti biasa,kak ita melakukan tugasnya dengan menyemak (other transaction book),CCTV review,post riview,kebersihan stor dan MR.
(PENAMPILAN DAN KEKEMASAN AMAT DITITIKBERATKAN STAF 7-ELEVEN)

selepas habis meyemak cdu tracking di dalam pos,kak ita datang dan berkata pada syukri...'boleh janji sesuatu tak..."memang waktu tu syukri agak terperanjat kerana siapalah syukri hanya seorang pelatih pengurusan berbanding kak ita yang sudah 7 tahun sebagai pengurus.jawapan yang syukri bagi juga agak ringkas...janji..janji apa?dengan nada agak sebak kak ita berkata dan menasihati syukri supaya berkerja bersungguh-sungguh dan katanya mahu melihat syukri di tempatnya suatu hari nanti.

ternyata kak ita amat mengambil berat tentang syukri dan memesan supaya syukri menjaga diri dengan sebaiknya.insyaalah segala pesanan itu syukri akan ingat dan berharap kak ita juga menjaga diri dengan baik.

selepas bersalaman dengan semua staf termasuk Store manager,senior field manager,area manager(Encik hasnol)ternyata kak ita tidak dapat menahan air matanya lagi.sambil memeluk erat kesemua pengendali stor kanan(SSA)yang kesemuanya perempuan dan pengurus stor sendiri,seorang pengurus yang berwibawa di mata syukri sekali lagi memohon ribuan ampun dan maaf jika sewaktu beliau menjalankan tugasnya ada terkasar bahasa.ya,memang betul berkerja disini memang penuh tawa dan riang tidak kurang juga air mata setiap hari..tapi ini lah hidup yang sebenarnya.pengalaman adalah guru yang terbaik bagi kita.

seterusnya kak ita bersalam dengan semua pihak pengurusan stor termasuk pelatih pengurusan(management trainee)penolong pengurus(ass.manager) dan pengurus stor sendiri.
(inilah suasana di dalam stor kami selepas field manager tiada)

akhir sekali dari semua staff dan pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kak ita kerana banyak mengajar kami.walaupun sesekali nada suaranya lantang berkata tetapi kami semua tidak pernah simpannya di dalam hati.semoga kak ita berjaya dalam apa jua yang diceburi.salam dari saya




MUHAMAD SYUKRI DZUN NURIN
PELATIH PENGURUSAN
CONVENIENCE SHOPPING SDN.BHD

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adakah Blog ini sangat menarik

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

Kisah Mawar Merah

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP