Muhamad Syukri Dzun Nurin

Sunday, November 21, 2010

Takdir 'Saya' Berkahwin Dengan Sultan...

“Saya berasal daripada kalangan rakyat biasa, ditakdirkan berkahwin dengan Almarhum (Sultan Salahuddin) dan kini masih lagi bersama rakyat.“Tidak banyak bezanya, mungkin dahulu lebih sibuk dan kini kurang sibuk.”

Itu sedikit sebanyak ungkapan yang diucapkan oleh Permaisuri Siti Aishah sewaktu ditemuramah oleh pemberita beberapa tahun lalu.bukan ingin mengungkit kisah lalu,tapi hati saya malam ini(sewaktu menulis jam sudah menunjukkan 2.06 pagi)ingin menyentuh dan berkongsi pandangan saya terhadap apa yang berlaku.

Seperti apa yang diucapkan oleh permaisuri,kebaikkan boleh menjadi dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami,tapi kebaikkan juga membuatkan kita tersalah langkah dalam mengenali seseorang.Sejujurnya saya tidak berasa marah atas apa juga komen yang diberi sewaktu saya menulis blog ini kerana fitrah manusia kita selalu buruk sangka an selalu mencari kesilapan dan keaiban orang lain.



"Aku tertanya kenapa Permaisuri Siti Aishah selaku mantan Tengku Permaisuri Selangor hanya diberikan gelaran Yang Amat Mulia sesudah kemangkatan Sultan Salahuddin. Padaku, gelaran YAM agak rendah bagi taraf seorang mantan permaisuri negeri dan mantan Raja Permaisuri Agong Malaysia.

Lazimnya gelaran YAM dipakai oleh anakanda sultan. Di Brunei pula gelaran YAM dipakai oleh cucunda sultan.
Sedangkan bonda kandung Sultan Selangor Raja Saidatul Ihsan diberikan gelaran Yang Maha Mulia walaupun beliau bukan bekas permaisuri.

Bukanlah niatku untuk mempersoalkan gelaran Paduka Bonda Raja Selangor. Sebagai bonda sultan memerintah sememangnya beliau berhak. Aku sekadar membuat perbandingan dengan kedudukan Permaisuri Aishah kerana bagiku kedudukan Permaisuri Aishah lebih tinggi.
Lihat di Terengganu. Walaupun Tengku Besar Syarifah Nong adalah bonda kandung Sultan Mizan, tetapi beliau hanya memakai gelaran Yang Teramat Mulia kerana Syarifah Nong bukan bekas permaisuri.

Sebaliknya Tengku Ampuan Bariah memakai gelaran Yang Maha Mulia kerana baginda adalah bekas Tengku Ampuan (permaisuri) Terengganu walaupun Sultan Mizan bukan anak kandungnya.

Namun apa yang berlaku di Selangor adalah sebaliknya. Adakah kerana Permaisuri Aishah adalah orang kebanyakan? atau kerana usianya yang lebih muda?
Hanya Istana Selangor yang lebih tahu. "


Pertanyaan di atas adalah salah satu pertanyaan yang diajukan kepada saya oleh seorang kawan saya yang juga seorang blogger.saya sendiri tiada jawapannya kerana ini semua seperti yang dikata tadi merupakan takdir dan kehendak Allah.Jika mengikut hati saya,sudah tentu saya katakan ianya juga tidak sesuai kerana setahu saya,Yang Amat Mulia(YAM) hanya dipakai oleh anak-anak raja sahaja.Persoalan ini juga kadang-kadang bermain di fikiran saya.sepatutnya gelaran yang harus diterima permaisuri ialah Yang Teramat Mulia(YTM).Apapun yang terjadi saya yakin permaisuri tidak terkesan dengan apa yang berlaku ini kerana harta dan pangkat dunia kemana lah saja,amalan kita yang akan dibawa nanti.

Yang lepas tu biarlah lepas....

Saya amat berharap permaisuri dapat baca apa yang nak saya katakan ini.sebagai hamba Allah,kita sentiasa di uji dengan pelbagai macam cara dan rupa bentuk,kadang-kadang Allah bagi musibah tu kerana dia ingin naikkan darjat kita,kadang-kadang juga dia ingin menguji tahap keimanan kita.Saya sendiri tidak mahu lagi mengingati apa yang terjadi ini,bagi saya yang lepas tu biarlah lepas,moga ia pergi dan takkan berulang lagi.Kepada anda semua di luar sana,saya tidak minta anda percaya apa yang saya tulis,kerana walau macam mana kuat dan berkuasa pun saya,tiada yang lebih dan dapat ditanding dengan kekuasaan Allah S.W.T.Kepada Hamba Allah itu,saya doakan dia mendapat keampunan dunia dan akhirat atas apa perbuatan yang telah dilakukannya.sudah lah dan berhentilah menabur fitnah lagi.Allah maha mengetahui dan maha besar pembalasannya.



Tertarik dengan komen dibawah,anda bacalah sendiri...Permaisuri Siti Aishah tetap Permaisuri yang saya hormati...


Sekian..Wassalam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ZIKIR HARIAN

Jumaat
يا الله
Rahmat Allah hampir dan jauh dari azab Allah.


Sabtu
لااله الا الله
Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
Tumbuh tanaman syurga baginya.

MUZIK

KOMEN APA SAJA

Ikut Blog Ini

Cari disini

Loading...

Pengikut

  © Blogger templates The Professional Template by Muhamad Syukri Dzun Nurin 2008

Back to TOP